MENJUAL BENIH SAYUR
DAN BAJA FOLIAR


Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

Selamat datang ke website Diari Petani. Tujuan website ini dibina adalah untuk membantu anda mendapatkan pelbagai jenis benih sayuran dan baja yang saya gunakan diladang juga kepada mereka yang berminat dengan aktiviti berkebun dan pertanian di kawasan rumah. Website ini disediakan untuk memudahkan anda yang mungkin bekerja membeli benih secara online, sukar mencari benih di kawasan anda, beli benih sering tidak tumbuh dan untuk menikmati benih yang berkualiti tinggi sama seperti petani yang menanam di ladang sayuran besar.

Untuk makluman anda, saya hanya menjual benih secara online di rumah (tiada kedai) kerana saya seorang petani yang mengusahakan kebun sayur sepenuh masa. Untuk perkongsian pengalaman pertanian boleh layari blog saya di diaripetani.com atau ke page facebook: diari petani seed atau lihat instagram: diari petani. Anda dapat merasa sendiri benih yang biasa petani gunakan diladang sayur. Benih disini mungkin tidak sama seperti benih paket kecil yang anda beli dikedai kerana saya membeli paket besar dan membungkus semula benih tersebut. Ada juga benih yang saya pilih dan buat sendiri dari ladang. Peratus pertumbuhan benih ini adalah lebih tinggi kerana benih baru.

Kepada mereka yang memang minat berkebun diwaktu lapang sambil mengeluarkan peluh pada hujung minggu teruskan membaca untuk mendapatkan benih terbaik. Dapatkan kepuasan dalam diri dengan menanam sendiri sayur-sayuran di kawasan rumah anda!!


TIPS UNTUK BENIH SAYUR:

  • Untuk ketahanan benih dalam jangka masa yang lama, benih yang dibeli perlu disimpan di dalam peti ais dan tidak terdedah terus pada cahaya matahari.
  • Lebihan benih yang telah digunakan juga boleh disimpan dalam peti ais untuk ditanam pada masa akan datang.
  • Tempoh luput semua benih biasanya adalah selama setahun hingga 2 tahun bergantung pada cara anda menyimpan benih
  • Benih jagung digalakkan agar segera ditanam kesemuanya kerana benih jagung amat sensitif.
  • Benih saderi adalah benih yang paling lambat tumbuh dari benih sayuran yang lain. 
  • Jauhkan benih sayur ini dari anak-anak anda kerana sebahagian benih mengandungi racun.










 
BENIH SAYURAN


Semua benih sayuran dibawah berharga RM 4 sepaket.

 
 >>CILI PADI KAMPUNG  (RM 4






  • Benih sepaket dianggarkan 100 biji
  • Cili padi kampung mempunyai rasa yang pedas dan jenis ini buahnya besar
  • Benih cili padi perlu disemai terlebih dahulu dan dipindahkan selepas benih berumur sebulan
  • Mula mengeluarkan bunga setelah 2.5 - 3 bulan benih dipindahkan
  • Pokok ini boleh tahan sehingga setahun
 
>>CILI JAMBAK (RM 4      


  • Benih sepaket dianggarkan 30 biji
  • Benih cili padi perlu disemai terlebih dahulu dan dipindahkan selepas benih berumur sebulan
  • Mula mengeluarkan bunga setelah 2.5 - 3 bulan benih dipindahkan


>>CILI PADI BARA
 (RM 4


  • Benih sepaket dianggarkan 100 biji
  • Cili padi bara mempunyai rasa yang sangat pedas berbanding cili padi yang lain
  • Benih cili padi perlu disemai terlebih dahulu dan dipindahkan selepas benih berumur sebulan
  • Mula mengeluarkan bunga setelah 2.5 - 3 bulan benih dipindahkan

>>CILI BESAR (RM 4


  • Benih sepaket dianggarkan 100 biji
  • Cili besar mempunyai rasa yang pedas dan sesuai dijual hijau atau merah
  • Benih cili perlu disemai terlebih dahulu dan dipindahkan selepas benih berumur sebulan
  • Mula mengeluarkan bunga setelah 2.5 - 3 bulan benih dipindahkan


>>CILI BENGGALA TANAH RENDAH (RM 4)


  • Benih sepaket dianggarkan 20 biji
  • Cili benggala ini adalah jenis yang sesuai untuk tanah rendah dan tahan panas
  • Tanaman adalah seperti cili yang yang lain
  • Mula mengeluarkan bunga setelah 2.5 - 3 bulan benih dipindahkan


>>BENDI  (RM 4




  • Benih sepaket dianggarkan 10gm
  • Bendi 7 segi berwarna hijau muda
  • Tanam terus benih bendi 2 biji atas batas dalam satu lubang, tinggalkan sepokok yang subur sahaja
  • Bendi mula mengeluarkan bunga setelah 2bulan ditanam
  • Boleh menuai hasil selama 4-6 bulan selepas berbunga


>>SAWI HIJAU  (RM 4)




  • Benih sawi hijau perlu ditabur di atas batas
  • Boleh dipindahkan selepas sebulan menyemai atau semai terus jarang-jarang atas batas dengan gaul benih bercampur pasir
  • Sawi hijau boleh di tuai selepas 1.5 - 2 bulan selepas disemai
  • Benih sepaket dianggarkan 10gm


>>SAWI HONG KONG/SAWI BUNGA (RM 4


  • Benih sawi hong kong perlu ditabur di atas batas
  • Boleh dipindahkan selepas sebulan menyemai atau semai terus jarang-jarang atas batas dengan gaul benih bercampur pasir
  • Sawi hong kong boleh di tuai selepas 1.5 - 2 bulan selepas disemai
  • Benih sepaket dianggarkan 10gm


>>BAYAM DAUN PANJANG  (RM 4)




  • Pokok bayam ini mempunyai daun yang panjang, juga dipanggil bayam kangkung
  • Benih bayam perlu ditabur di atas batas
  • Semai terus jarang-jarang atas batas dengan gaul benih bercampur pasir
  • Bayam boleh di tuai selepas 25 - 35hari selepas disemai
  • Benih sepaket dianggarkan 10gm

>>BAYAM BULAT  (RM 4





  • Pokok bayam mempunyai daun bulat
  • Benih bayam perlu ditabur di atas batas
  • Semai terus jarang-jarang atas batas dengan gaul benih bercampur pasir
  • Bayam boleh di tuai selepas 25 - 35hari selepas disemai
  • Benih sepaket dianggarkan 10gm


>>BAYAM MERAH  (RM 4)






  • Pokok bayam ini mempunyai daun merah dan hijau pada daunnya
  • Benih bayam perlu ditabur di atas batas
  • Semai terus jarang-jarang atas batas dengan gaul benih bercampur pasir
  • Bayam boleh di tuai selepas 25 - 35hari selepas disemai
  • Benih sepaket dianggarkan 10gm


>>KANGKUNG  (RM 4)




  • Benih dianggarkan 20gm sepaket
  • Jenis kangkung daun lebar
  • Tabur benih jarang-jarang atas batas atau buat 3 baris atas batas dan kemudian tabur ikut baris
  • Kangkung boleh di tuai selepas 25 - 35hari selepas disemai

>>KAILAN  (RM 4)





  • Benih kailan perlu disemai terlebih dahulu
  • Selepas mempunyai 4 - 6 daun boleh dipindahkan di atas batas
  • Boleh dituai selepas 60 hari selepas disemai
  • Benih sepaket dianggarkan 10gm




>>JAGUNG MANIS AG316  (RM 4





  • Benih dianggarkan lebih kurang 5gm sepaket (Purata 22-25biji
  • Semai terus 1 atau 2biji benih jagung dalam lubang
  • Boleh dituai selepas 65-68 hari disemai
  • Mempunyai rasa yang manis dan sepokok berbuah satu


>>KACANG BUNCIS  (RM 4)  
 






  • Benih sepaket dianggarkan lebih kurang 30 biji
  • Mula mengeluarkan bunga pertama selepas 35 - 40 hari.
  • Boleh mula menuai selepas 40 - 45 hari selama sebulan setengah
  • Mempunyai rasa yang manis


 >>KACANG PANJANG  (RM 4

 





  • Benih sepaket dianggarkan lebih kurang 25 biji
  • Mempunyai buah yang panjang 80cm dan kacang lebih tahan disimpan
  • Purata berat kacang 35-40 batang 1kg
  • Mula mengeluarkan bunga pertama selepas 30 - 35 hari.
  • Boleh mula menuai selepas 35 - 40 hari


 >>KACANG PANJANG ULAR  (RM 4






  • Benih sepaket dianggarkan lebih kurang 25 biji
  • Pertumbuhan yang kuat mempunyai daun yang besar serta warna hijau tua
  • Panjang Kacang 38-45cm, anggaran 1kg = 30 buah
  • Kulit kacang kasar, buah rangup dan tahan, mempunyai isi yang tebal dan biji yang kecil
  • Mula mengeluarkan bunga pertama selepas 40 - 45 hari.


>>KACANG BOTO (RM 4 







  • Benih sepaket 4gm dianggarkan lebih kurang 12-15 biji
  • Benih yang disemai akan  tumbuh selepas seminggu ditanam
  • Boleh menuai hasil selepas 4 bulan  ditanam


>>TERUNG PANJANG  (RM 4   

 





  • Benih sepaket dianggarkan 50 biji
  • Merupakan terung panjang jenis F1 Super Naga
  • Benih terung perlu disemai terlebih dahulu dan dipindahkan selepas benih berumur sebulan
  • Mula mengeluarkan bunga setelah 2.5 - 3 bulan benih dipindahkan

>>TERUNG PENDEK (RM 4 


  • Benih sepaket dianggarkan 50 biji
  • Merupakan terung pendek jenis F1 Prince
  • Benih terung perlu disemai terlebih dahulu dan dipindahkan selepas benih berumur sebulan
  • Mula mengeluarkan bunga setelah 2.5 - 3 bulan benih dipindahkan


>>TERUNG BULAT  (RM 4


  • Benih sepaket dianggarkan 50 biji
  • Merupakan terung bulat jenis F1 767 Giant Ball
  • Benih terung perlu disemai terlebih dahulu dan dipindahkan selepas benih berumur sebulan
  • Mula mengeluarkan bunga setelah 2.5 - 3 bulan benih dipindahkan
 

>>TERUNG PANJANG PUTIH (RM 4


  • Benih sepaket dianggarkan 30 biji
  • Merupakan terung panjang snow naga
  • Benih terung perlu disemai terlebih dahulu dan dipindahkan selepas benih berumur sebulan
  • Mula mengeluarkan bunga setelah 2.5 - 3 bulan benih dipindahkan


>>TIMUN (RM 4 
   

  • Benih sepaket dianggarkan lebih kurang 60 biji
  • Timun jenis ini berwarna hijau 
  • Mula mengeluarkan bunga pertama selepas 30 hari.
  • Boleh mula menuai selepas 35 hari 


>>TIMUN JEPUN (RM 4


  • Benih sepaket  20 biji
  • Timun jenis ini berbuah berwarna hijau tua dan rangup
  • Mula mengeluarkan bunga pertama selepas 30 hari.
  • Boleh mula menuai selepas 35 hari 


>>TIMUN MINI (RM 4)


  • Benih sepaket 15 biji
  • Timun jenis ini berbuah kecil
  • Mula mengeluarkan bunga pertama selepas 30 hari.
  • Boleh mula menuai selepas 35 hari 


>>LOBAK PUTIH  (RM 4


  • Semai benih dalam bekas semaian
  • Benih akan bercambah dalam masa 3- 5 hari
  • Pindah anak benih selepas 6 daun ke tanah yang gembur
  • Boleh menuai selepas 45hari anak pokok dipindahkan
  • Benih sepaket dianggarkan 5gm

>>LOBAK MERAH (RM 4)


  • Semai benih dalam bekas semaian
  • Benih akan bercambah dalam masa 4 - 6 hari
  • Pindah anak benih selepas 6 daun ke tanah yang gembur
  • Boleh menuai selepas 45hari anak pokok dipindahkan
  • Benih sepaket dianggarkan 200 biji

>>DAUN KETUMBAR (RM 4


  • Tanam terus benih dalam pasu atau atas batas dalam 1cm dalam tanah
  • Benih akan tumbuh setelah 7-10hari menyemai
  • Boleh menuai pokok ketumbar sebelum berbunga
  • Benih sepaket dianggarkan 10gm


>>DAUN SADERI (RM 4


  • Semai benih dalam bekas semaian
  • Benih akan tumbuh selepas 14 minggu atau lebih semasa menyemai
  • Boleh mula memindah anak pokok ke dalam pasu atau atas batas setelah sebulan atau ada 5 daun
  • Benih sepaket dianggarkan 5gm


>>TOMATO KING KONG (RM 4
 

  • Benih dianggarkan purata 30biji sepaket
  • Tomato king kong adalah jenis tomato yang tahan panas dan tahan serangan kulat juga berbuah lebat. 
  • Mula berbunga setelah 2 bulan disemai


>>BROKOLI (RM 4


  • Benih dianggarkan purata 50biji sepaket
  • Brokoli hybrid jenis tahan panas yang boleh ditanam sepanjang tahun
  • Hasil boleh dituai 95 hari selepas disemai

 >>KOBIS BULAT (RM 4







  • Benih dianggarkan purata 50biji sepaket
  • Kobis hybrid jenis tahan panas yang boleh ditanam sepanjang tahun
  • Buah kobis yang padat dan sesuai tanam ditanah rendah
  • Hasil boleh dituai 95 hari selepas disemai
  • Berat kobis boleh mencapai sehingga 2kg


>>KOBIS BUNGA (RM 4)


  • Benih dianggarkan purata 50biji sepaket
  • Kobis bunga hybrid jenis tahan panas yang boleh ditanam sepanjang tahun
  • Hasil boleh dituai 95 hari selepas disemai

>>KOBIS PANJANG MICKEY (RM 4)


  • Benih dianggarkan purata 50biji sepaket
  • Kobis panjang mickey jenis tahan panas serta lembap
  • Penghasilan yang singkat, boleh dikutip selepas 60 hari menyemai
  • Beratnya mencapai 2kg


>>KOBIS BULAT MERAH (RM 4


  • Benih dianggarkan purata 50biji sepaket
  • Buah kobis berwarna merah
  • Hasil boleh dituai 95 hari selepas disemai


>>KUCAI  (RM 4)  


  • Benih dianggarkan 200 biji sepaket
  • Boleh ditanam dalam pasu atau atas tanah
  • Bercambah selepas 5 - 7 hari
  • Semasa menyemai pastikan tanah semaian tidak terlalu basah kerana akan menyebabkan benih busuk dan benih tidak akan bercambah
  • Boleh menuai selepas daun kucai panjang dengan memotong daun sahaja


>>SALAD BIASA  (RM 4






  • Benih salad dicampur pasir dan digaul rata
  • Kemudian tabur di atas batas atau bekas semai
  • Boleh dipindahkan selepas 2minggu menyemai 
  • Salad boleh di tuai selepas 2 bulan dipindahkan
  • Benih sepaket dianggarkan 300biji


>>SALAD HIJAU KERINTING (RM 4) 







  • Boleh dipindahkan selepas 2minggu menyemai 
  • Salad boleh di tuai selepas 2 bulan dipindahkan
  • Benih sepaket dianggarkan 200biji


>>SALAD MERAH KERINTING (RM 4)







  • Boleh dipindahkan selepas 2minggu menyemai 
  • Salad boleh di tuai selepas 2 bulan dipindahkan
  • Benih sepaket dianggarkan 100biji


>>TEMBIKAI MERAH (RM 4


  • Benih 20biji sepaket
  • Tembikai berisi merah
  • Boleh menuai sekitar 70 - 75 hari selepas menyemai




Testimoni Pelanggan Dari Whatsapp





BAJA  SEMAIAN DAN FOLIAR


Baja foliar adalah sejenis baja yang perlu dilarutkan dalam air dan kemudian ia perlu disiram atau dispray pada pokok untuk tindakan dan kesan yang lebih cepat.

>>>Kekerapan spray baja adalah seminggu 2 kali.
>>>Kadar pembajaan yang disyorkan boleh ditambah bergantung pada umur pokok
>>>Pokok muda 1-2gm campur 1 liter air, pokok besar 2-5gm campur 1 liter air
>>>Penggunaan baja yang berlebihan tidak merosakkan pokok tetapi membazir


>>BAJA SEMAIAN 
 
  (100gm RM8)

(untuk semaian biji benih dan taburan baja atas medium semaian-JENIS SERBUK)
  • Berat 100gm/botol (hanya ditabur pada semaian)
  • Baja perlu ditabur di atas tanah semaian selepas anda menyemai benih di dalam bekas semaian
  • Siram benih yang siap ditabur baja supaya baja meresap ke dalam tanah
  • Tutup bekas semaian dengan plastik hitam/ gelap selama 3-4hari dan buka apabila benih mula bercambah
  • Menyuburkan anak benih yang disemai untuk penghasilan pokok yang berkualiti 
  • Peringkat penyemaian sangat penting untuk pokok tumbuh subur dan penghasilan yang banyak dan pokok tahan lama

 >>BAJA FOLIAR GEMUK  (21:21:21+TE)
   
(150gm RM8) 

(untuk subur tanaman, pokok jenis sayur berdaun dan jenis berdaun-JENIS SERBUK)
  • Berat 150gm/botol (2gm larut 1 liter air- anggaran1 sudu)
  • Dilarutkan dalam air, disiram atau dispray pada daun pokok
  • Baja ini cepat diresap oleh daun dan juga akar
  • Sesuai untuk sayuran berdaun (sawi, kobis, kangkung, bayam, salad) dan pokok muda (peringkat permulaan tanaman sehingga berbunga) 
  • Gunakan baja ini untuk sayuran berdaun dari awal hingga akhir tanaman
  • Juga sesuai untuk orkid
  • Boleh dicampur dengan racun serangga dan kulat


 >>BAJA FOLIAR BUNGA+BUAH (13.26.26 + TE)
    (150gm RM8)

 (untuk pokok sayur berbuah seperti kacang panjang, timun, terung-JENIS SERBUK)
  • Berat 150gm/botol (2gm larut 1 liter air- anggaran 1 sudu kecil )
  • Dilarutkan dalam air, disiram atau dispray pada daun pokok
  • Baja ini cepat diresap oleh daun dan juga akar
  • Sesuai untuk tanaman sayuran berbuah atau pokok buah-buahan (peringkat bunga dan berbuah) 
  • Boleh dicampur dengan racun serangga dan kulat



Tahukah anda dengan menanam sendiri sayur di kawasan rumah, anda telah jimat sekurang-kurangnya RM60 sebulan bersamaan RM720 setahun jika sehari anda belanja RM2 sahaja untuk membeli sayur. Anda juga menikmati sayur segar yang tidak mengandungi racun serangga yang tinggi dan seterusnya meningkatkan kualiti kesihatan anda. Cuba rasai sendiri sayur-sayuran dari hasil tangan anda!

Harga minyak makin naik dan harga sayur juga naik. Jom tanam sayur sendiri..

Dapatkan benih sayur sekarang! Sila klik gambar di bawah untuk membuat tempahan.


Testimoni Pelanggan Dari Email


" Menanam Untuk Kepuasan!"




(c) 2020 Mohamad Ashik Farm Enterprise ( JM0549037-M)