May 9
38KG CILI PADI SEHARI
posted by: admin in Cili Padi Kampung, Petani on 05 9th, 2012 | | No Comments »

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Harap maaf kepada semua pembaca blog nie sebab dah lama saya tak kemaskini blog nie. Saya terlalu sibuk kerana banyak masalah dikebun kerana kurangnya pekerja. Jadi terpaksa buat semua kerja sendiri. Kepada mereka yang menghantar komen dan email maaf yer kerana tidak sempat untuk saya balas. Saya akan balas dalam masa terdekat nie. Terima kasih kepada anda yang memberi komen dan pandangan dalam blog ini. Blog nie sekadar memberi sedikit informasi, ilmu dan pengalaman dalam pertanian. Yang selebihnya anda perlu bertanya kepada mereka yang lebih pakar kerana saya tidak mempunyai kepakaran dalam semua jenis tanaman. Hanya pengalaman saya sahaja yang boleh saya kongsikan di sini.

Di sini saya nak tunjukkan sebahagian gambar tanaman cili padi saya yang terkini. Alhamduliilah tanaman cili padi saya 2000 pokok menjadi dan hidup dengan subur. Pokoknya pun sudah mula mengeluarkan hasil. Hari nie sahaja dah dapat tuai 38kg lebih kurang 400 pokok. Tanaman bendi saya kurang menjadi dan kurang mengeluarkan hasil. Puncanya adalah disebabkan kurang air kerana pam air saya rosak. Proses mengganti pam air baru sedang dijalankan. Kos RM1300 diperlukan untuk mengganti pam air yang baru. Saya akan cerita sedikit pam air dalam post akan datang.

Berikut adalah sebahagian gambar tanaman cili fasa 1 dan 2 cili padi kampung:-

Gambar Fasa 1

 

Gambar Fasa 2

 

Cuaca di sini sudah 3 hari panas terik. Tadi jam 2 petang hujan turun dengan lebatnya beserta angin yang kencang. Banyak pokok cili padi yang tumbang ditiup angin yang kuat. Ada juga yang patah terus. Yang patah memang tidak boleh buat apa-apa dah, kalau tumbuh tunas baru memang ada harapan untuk hidup. Sepatutnya setiap pokok cili perlu dipasang kayu penyokong, tapi apakan daya tak sempat nak cari dan pasang kayu untuk 2000 pokok tu. Mujurlah ada pokok bendi yang mengahalang angin yang kencang. Kalau tiada pokok bendi memang menyembah bumi semua pokok cili. Nie lah sebahagian gambar pokok cili padi yang tumbang.

 

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan yang selalu main game dengan saya yang baru saja tamat mengambil ijazah kejureteraan elektronik kerana membantu saya dikebun semasa ketiadaan pekerja di kebun. Sekarang dia dah dapat pekerjaan disebuah kilang elektronik. Mujurlah dia tidak memilih untuk bekerja sementara dengan saya untuk mencari pengalaman dan cari duit kocek main game.. Semoga dia berjaya pada masa hadapannya ditempat kerja barunya. Di sini ada sedikit gambar dia memetik cili padi.

 

 

Sekilas gambar tanaman cili padi kampung di kebun saya

 

Ok setakat ini dahulu post saya. Nanti saya akan ceritakan perkembangan projek di kebun saya dalam post yang akan datang. Jumpa lagi.. terima kasih.

Share/Save/Bookmark

Feb 13

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kita kembali. Harap maaf kerana tidak sempat update blog selama sebulan kerana sibuk menguruskan kebun. Alhamdulillah projek tanaman cili padi kampung 2000 pokok dan bendi 2000 pokok telah siap disempurnakan. Dijangka bulan 4 nie bolehlah mula menuai hasil.

 Tanaman cili padi kampung dan bendi ini ditanam secara berperingkat iaitu 3 fasa. Antara sebab utama adalah faktor benih cili yang belum cukup besar, cuaca panas terik  dan pekerja sambilan yang tidak sempat datang. Nak tanam sesorang memang tak sempat  :-) . Lagipun waktu sekarang taburan hujan di sini amatlah kurang sehinggakan kolam air hampir kering.

Ini adalah gambar sebahagian benih cili padi kampung yang telah disemai bulan disember tahun lepas:

Kerja-kerja penyediaan tanah (rotor) sebelum menanam juga mengambil masa yang lama disebabkan tiada jentera yang masuk disebabkan hujan pada bulan disember. Oleh itu, kerja-kerja penyediaan tanah perlu dilakukan manual menggunakan cangkul. Mujurlah ada pekerja sambilan yang sanggup  menggembur tanah selama 3 minggu sebelum menanam. Selama seminggu pula kerja-kerja pemasangan plastik silvershine dijalankan. Mamang letih sangat masa tu sebab bos pun kena kerja juga :-) .

Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat tangkap. Maaf ya kualiti gambar kurang cantik.

 

Gembur tanah secara manual

Persiapan untuk memasang plastik atas batas

Plastik ditanam kiri dan kanan batas

Sambil kerja-kerja penyediaan tanah dijalankan, saya telah menyemai bendi 800 pokok dalam bekas untuk dipindahkan atas batas selepas seminggu. Kalau ikutkan campak terus benih dalam tanah lagi mudah. Tetapi memandangkan cuaca yang panas dan hujan tak turun-turun, semai dulu ditempat lain adalah langkah terbaik. Sebabnya peratus tanaman yang tumbuh adalah tinggi. Jika anda ingin menyemai terus ke tanah perlulah menyiram setiap hari. Kalau tak memang tak tumbuh atau benih bantut.

Gunakan tanah semai (holand peat) untuk menyemai benih dalam bekas. Selepas isikan tanah dalam bekas, masukkan benih 2 atau 3 biji dalam lubang bekas tersebut. Takut tak tumbuh kalau letak satu sahaja. Selepas siap semua siram benih tersebut. Jangan lupa campur sekali racun semut (plasbon) dan baja daun dalam air. Selepas seminggu boleh lah pindahkan benih atas batas.

Gambar-gambar benih bendi yang di semai

Ok, setakat nie dahulu post dari saya. Jumpa lagi post akan datang tentang pemindahan anak benih cili padi kampung dan bendi. Terima kasih.

Share/Save/Bookmark

Dec 30
500 KG UBI DALAM PROTON WAJA
posted by: admin in Proton Waja, Ubi Kayu on 12 30th, 2011 | | No Comments »

Selamat bertemu kembali.. Pada post kali ini saya ingin bercerita sedikit tentang kawan saya yang menanam ubi kayu. Cerita yang menarik disini adalah cara penghantaran ubi yang dituai kepada pelanggan dengan menggunakan sebuah kereta proton waja. Nampak seperti biasa tetapi muatan yang dibawa amat mengejutkan saya pada hari pertama saya melihat. Keretanya mampu membawa sehingga 500 Kg (0.5 tan) ubi kayu. Memang berani kawan saya nie.. Hehe.

 

Saya bertanya kepadanya “tak sayang ke kerete kau bawa ubi setengah tan?”. Dengan nada bersahaja beliau menjawab “cari rezeki bro, tawakal pada Allah sahaja”. Untuk pengetahuan anda beliau sudah berkawin dan mempunyai sepasang cahaya mata. Saya panggil dia Fais. Sebelum nie beliau pernah bekerja sebagai pengurus di 7 eleven dan telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan. Akhirnya beliau telah menanam ubi dan keledek seluas 15ekar.

 

Walaupun gajinya telah mencecah RM3000 sebulan semasa berkerja sebagai pengurus di 7 eleven tetapi beliau tetap membuat keputusan untuk menjadi seorang petani sepenuh masa. Kalau di lihat jualannya 500kg ubi sehari jer dah boleh buat duit RM500 sehari ( 1kg ubi = RM 1). Sebulan boleh keluarkan 6 tan ubi kayu. Ini bermakna sebulan beliau boleh mendapat RM6000 sebulan iaitu 2kali gajinya semas bekerja dahulu. Sekarang sudah terjawab persoalan kerana beliau mengambil tindakan berhenti kerja.

 

Untuk menjadi seorang petani yang berjaya, seseorang itu perlu mempunyai semangat yang tinggi. Ada masa kita untung dan ada masa kita rugi. Kesabaran dalam jiwa petani perlu tinggi jika mahu barjaya. Lihat gambar kereta waja kawan saya di bawah yang mempunyai semangat yang tinggi.  Sanggup membawa 500Kg ubi dengan kereta waja untuk mencari rezeki.

Muat 3 Guni Bonet Belakang

Tempat Duduk Belakang Muat 3 Guni

Habis Spring Kereta Lepas Penuh Isi Ubi

Memang penuh ubi dalam keretanya. Gambar kat tempat duduk depan lupa nak ambil. Satu guni mempunyai isi ubi sebanyak 55kg hingga 75kg. Boleh masuk 7 guni dalam keretanya. Wah memang lumayan sangat pendapatannya. Permintaan ubi kayu pula sangat menggalakkan sekarang nie. Tak putus-putus orang pesan.

 

Diharap cerita yang dikongsikan ini dapat memberi semangat kepada anda yang berminat untuk menceburi dalam bidang pertanian ini. Jangan takut untuk menjadi seorang petani. Belum cuba belum tahu. Setakat ini dahulu post saya untuk kali ini. Bertemu lagi untuk post yang seterusnya.. Terima kasih. :-)

 

Share/Save/Bookmark

« Previous Entries